Sorting by

×

Orang Lendu sentiasa di hati saya – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

LENDU 5 April – “Walaupun sumbangan Ramadan ini tak seberapa, tapi dapat juga meringankan beban golongan memerlukan dalam fasa endemik ini,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Menurut Sulaiman, masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu tidak pernah dilupakan dan setiap tahun khusus ketika Ramadan mereka akan menerima sumbangan.

“Hari ini untuk DUN Lendu sahaja seramai 320 penerima daripada berbilang kaum dan latar belakang menerima sumbangan tunai dan barang keperluan harian.

“Kita akan pergi ke semua enam Parlimen tapi hari ini adalah di DUN Lendu saja, setiap tahun memang saya buat. Alhamdulillah program berjalan mengikut seperti diaturkan.

“Saya yakin wakil rakyat lain juga akan buat di setiap DUN masing-masing,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Sumbangan Ramadan DUN Lendu di Dewan Serbaguna KBS di sini, hari ini.

Jelasnya, setiap penerima sumbangan ditentukan dan dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan masing-masing.

“Nama mereka dipilih sendiri oleh JPKK setiap ketua (pengerusi) kawasan sebab mereka lebih tahu dan memahami setiap keluarga yang memerlukan.

“Selain berikan tunai kita juga memberikan sumbangan kuih-kuih raya, kit makan seperti beras minyak tepung, gula dan lain-lain,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1922
Kongsi :
Previous post Dua lelaki terbunuh berbalas tembakan dengan polis
Next post Melaka kecundang di laman sendiri
Ubah saiz-+=