‘Orang Jasin tukar barang buangan jadi duit’
JASIN 26 Jun – Sistem barter pertukaran barang buangan kepada tunai menerusi program ‘Asal Barang Jadi Duit’ semakin menarik minat masyarakat untuk menjadikan kitar semula sebagai satu budaya penjanaan sumber pendapatan sampingan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mohd Shaiful Hizam Johan berkata inisiatif itu sekali gus menyokong hasrat Kerajaan Negeri mewujudkan komuniti melaksanakan kitar semula.
“Menerusi program dilaksanakan di perkarangan Pejabat MPJ Sabtu lalu, kita berjaya mengumpul 293 kilogram (kg) sisa ‘3R’ (kurangkan penggunaan, guna semula dan kitar semula), 944 kg sisa fabrik dan sebanyak 548 kg sisa biodiesel.
“Ini salah satu usaha MPJ untuk memudahkan dan menggalakkan penduduk sekitar Jasin menghantar sisa barang buangan ke tempat pengumpulan kitar semula.
“Selain menyumbang sisa barang buangan, ini juga memberi peluang kepada penduduk Jasin menjana pendapatan sampingan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Mohd Shaiful berkata hasil program berkenaan sejumlah RM1,464.40 nilai bayaran diberikan kepada penyumbang.
Program itu turut mendapat kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
ELAUN TAMBAHAN HARGAI JPKK MELAKA
AYER KEROH 8 Januari - Nasib Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini terus terbela dan menjadi keutamaan...
SEMBILAN CEDERA, KEMALANGAN BABIT LAPAN KENDERAAN
AYER KEROH 8 Januari - Sembilan cedera termasuk seorang pemandu bas parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di...
PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
AYER MOLEK 8 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan...
KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN
ASAHAN 8 Januari - Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan...
UTEM PERKENAL 5 PRODUK INOVASI
AYER KEROH 8 Januari - Kincir air untuk tenaga boleh diperbaharui menjadi antara lima produk inovasi bertaraf dunia berimpak tinggi...