
Orang Jasin tidak tercicir terima sumbangan Ramadan
JASIN 26 Mac – Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM15,000 bagi menyalurkan sumbangan Ramadan kepada 150 penerima di daerah Jasin.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan itu membuktikan Kerajaan Negeri cakna dan mengutamakan kebajikan rakyat.
“Ini bagi memastikan rakyat Melaka tidak tercicir namanya untuk menerima sebarang bentuk bantuan yang sedia ada.
“Maka, pada hari ini kita menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 150 penerima berserta kit makanan dari daerah Jasin.
“Ini salah satu bukti manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan dan Berbuka Puasa Peringkat Daerah Jasin Tahun 2024 di Masjid Al-Ghaffar, di sini, semalam.
Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abd. Azis dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUNGAI LEREH TERCEMAR 11 KALI DALAM 3 BULAN
KLEBANG 14 Mac - Masalah pencemaran yang berlaku di Sungai Lereh perlu diatasi segera dengan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat perlu...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...