Sorting by

×

ORANG JASIN KUMPUL LEBIH 3,000 KILOGRAM BARANG TERPAKAI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

JASIN 21 Januari – Sebanyak 3,197 kilogram (kg) barang kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program ‘Asal Barang Jadi Duit’ sempena Program Mesra MADANI Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Dataran Diva MPJ.

Yang Dipertuanya, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata program itu bukan sahaja menyuntik semangat orang ramai mengitar semula barang terpakai, malah menjana pendapatan sampingan.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat, keberhasilan program ini bukan sahaja menjadikan kediaman bebas daripada barangan tidak terpakai, malah mampu menjana pendapatan sampingan.

“Maka dengan aktiviti yang dijalankan pada hari kitar semula ini, diharap akan dapat menyuntik semangat orang ramai untuk mengitar semula semua bahan-bahan terpakai termasuk tekstil.

“Amalan kitar semula bukan sahaja dapat menyelamatkan alam sekitar, malah melalui proses pengurusan sampah yang berkesan boleh mengurangkan risiko kepada penyakit di Malaysia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2025 01 21 At 2.22.34 Pm
ANTARA barangan terpakai yang dikumpul pada Program ‘Asal Barang Jadi Duit’ sempena Program Mesra MADANI MPJ di Dataran Diva MPJ

Pada program itu barangan terpakai yang dikumpul ialah Skertas putih sebanyak 30kg, plastik keras 19kg, tin aluminium 8kg, besi kampung 41kg, botol kaca 55kg, besi campur 40kg, plastik 104kg, kotak 181kg dan kertas campur 185kg.

Bagi sisa elektronik (e-waste) sebanyak 280 kg manakala sisa fabrik sebanyak 1,223 kg dan sisi biodiesel sebanyak 1,031 kg berjaya dikumpulkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

77
Kongsi :
Previous post EMPAT CEDERA DALAM KEMALANGAN TIGA KERETA LANGGAR TAYAR LORI TERCABUT DI SITIAWAN
Next post DUA BAZAR AIDILFITRI, SEMBILAN PASAR RAMADAN DI ALOR GAJAH DAN MASJID TANAH
Ubah saiz-+=