Sorting by

×

ORANG JASIN, JOM TUKAR BARANG TERPAKAI JADI DUIT 7 DISEMBER INI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

JASIN 20 November – Orang Melaka khususnya warga Jasin dipelawa menjana ekonomi sampingan dengan menjual sisa barangan terpakai di rumah menerusi Program Trash To Cash pada 7 Disember ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, orang ramai boleh menghantar barangan mereka di Vista Alamanda MPJ pada tarikh tersebut.

“Bawa barangan terpakai pada hari tersebut dan kita akan timbang berapa beratnya dan setiap peserta akan diberikan wang tunai mengikut kadar ditetapkan.

“Antara barang boleh dikitar semula seperti minyak masak terpakai (RM2.50/kilogram) dan barangan 3R iaitu botol plastik, botol kaca, alumunium, besi, kertas, kotak dan lain-lain (RM0.10 hingga RM3.20 per kilogram bergantung kepada jenis barangan).

“Selain itu, mereka juga boleh membawa fabrik termasuk baju terpakai sama ada yang masih elok atau lusuh, kasut, ‘soft toys’, beg, langsir, cadar, tuala dan kain alas meja pada harga RM0.10 per kilogram,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

467644121 960957626062656 8001300012280120740 N
POSTER hebahan program Trash To Cash anjuran Majlis Perbandaran Jasin.

Menurutnya program anjuran bersama Skuad Pencinta Alam (SRAMP) itu diadakan bertujuan mendidik orang ramai supaya menjaga alam sekitar dan bijak dalam menguruskan barangan terpakai.

“Masyarakat di negeri ini khususnya orang Jasin dipelawa untuk datang program tersebut, selain dapat memupuk nilai kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar ia juga boleh menjana pendapatan sampingan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

237
Kongsi :
Previous post WARIS PENDEPOSIT SIMPAN SSPN TERIMA MANFAAT LEBIH RM129,000
Next post DUA PORT BERGAMBAR DI AYER KEROH UNTUK GENG RXZ
Ubah saiz-+=