Sorting by

×

Orang awam perlu guna imbasan kod QR Prih@tinJkm untuk tindakan pantas

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 22 Jun- Tidak perlu bersusah payah ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebaliknya sistem imbasan kod QR Code Prih@tinJkm memudahkan orang ramai mengetahui status permohonan, aduan serta maklum balas.

Justeru, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, orang ramai digalakkan untuk memuat turun kod imbasan itu menyalurkan aduan serta maklum balas.

Katanya, ia berikutan penggunaan kod tersebut dalam kalangan masyarakat belum berada di tahap memuaskan.

“Sejak dilancarkan pada Mei lepas, penggunaan imbasan QR Prih@tinJkm ini masih di tahap kurang memuaskan.

“Kita mahu meringankan beban masyarakat, inisiatif imbasan kod QR ini akan kita ‘educate’ dalam masyarakat untuk memudahkan urusan semua pihak.

“Saya memahami jika tidak semua orang selesa menggunakan imbasan ini namun kaunter atau pejabat JKM masih menerima aduan secara manual, cuma kita mahu penerima bantuan JKM dan mereka yang inginkan maklum balas selepas ini boleh menggunakan imbasan kod QR selepas ini,” katanya.

photo_2023-06-22_13-21-20
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Jun 2023 dan Program Hari Bertemu Rakyat (Open Day) Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom turut memaklumkan pihaknya menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila kurang dua jam dari kaunter dibuka, pihaknya menerima hampir 20 aduan dari orang awam.

“Antara aduan dan isu yang diterima pada hari ini lebih kepada isu bertindih, permohonan baharu JKM dan di bawah portfolio saya melibatkan dua jabatan iaitu JKM dan Jabatan Pendaftaran Negeri Melaka.

“Dan seperti saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam ucapannya, kita akan menyelesaikan isu aduan yang diterima hari ini dalam tempoh dua minggu dan secepat mungkin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5391
Kongsi :
Previous post Pendaftaran ‘Volunteer’ Melaka dibuka, diberi sijil penghargaan
Next post Kes penyalahgunaan dadah di Melaka menurun
Ubah saiz-+=