
Ops Rempit: JPJ, polis sita 79 motosikal
JPJ menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan operasi dilakukan bersama JSPT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) dan JSPT Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dari pukul 1 hingga 9 pagi.
“Antara kesalahan dikesan adalah pengubahsuai motosikal secara ekstrem bagi tujuan tambah kelajuan, rempit dan lumba haram, tanggal brek belakang, nombor pendaftaran fancy, tukar swing arm dan ubah suai ekzos,” menurut hantaran itu.
Kesalahan lain yang turut dikesan adalah penunggang bawah umur, tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran, tidak mempamer pelekat P dan lain-lain kesalahan teknikal.
Selain itu JPJ turut mengeluarkan 78 notis saman dan teknikal manakala JSPT 297 notis saman dalam operasi yang melibatkan 53 pegawai dan anggota JPJ serta JSPT itu.
Operasi itu bertujuan bagi mencegah aktiviti rempit, lumba haram atau uji kelajuan motosikal yang dikesan berlaku di lokasi terbabut oleh sekumpulan remaja terutama pada lewat malam hingga ke waktu awal pagi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
