
Ops HRA: JPJ Melaka keluar 529 saman dalam tempoh 24 jam
BANDARAYA MELAKA 20 April – Sebanyak 529 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka dalam tempoh 24 jam ke atas pengguna jalan raya menerusi Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA).
Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata operasi yang bermula pada 17 April tersebut telah dilakukan di sekitar Negeri Melaka melibatkan beberapa laluan utama di negeri itu.
Katanya, antara kesalahan paling banyak dikesan dalam operasi berkenaan ialah tiada cukai jalan dan insurans membabitkan 186 saman.
“Diikuti dengan kesalahan memandu tanpa lesen dan teknikal lain yang mencatatkan 120 saman dikeluarkan.
“Operasi berkenaan turut mengesan 48 kesalahan utama yang tidak boleh dikompaun iaitu elibatkan 29 kesalahan melanggar lampu isyarat merah dan masing-masing 16 dan tiga notis saman ekoran tidak memakai tali pinggang keledar serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) di Terminal Melaka Sentral, malam tadi.
Hadir sama, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...