
Ops Gajah: Pemilik lori ingkar kena kompaun
AYER KEROH 14 Ogos – Lebih 10 kompaun telah dikeluarkan dalam satu operasi bersepadu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka, baru-baru ini.
Yang Dipertua MPHTJ Shadan Othman berkata, operasi yang digelar Ops Gajah itu menyasarkan kepada pemilik lori yang meletakkan kenderaan berat di bahu jalan atau kawasan perumahan yang mengakibatkan kacau ganggu dan membahayakan pengguna jalan raya.
“Selain membahayakan, lori-lori yang diparkir ini juga merosakkan infrastruktur di taman-taman perumahan seperti jalan raya dan sebagainya.
“Mereka tidak sepatutnya meletakkan kenderaan berat di situ dan kita telah bertindak daripada aduan orang awam dan agensi terlibat telah mengeluarkan lebih 10 kompaun daripada kesalahan itu,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Tambahnya, pihaknya akan sentiasa memantau dan menjalankan operasi berkenaan secara berkala bagi memastikan tiada kesalahan berulang dilakukan oleh pemilik atau pemandu lori di dalam kawasan MPHTJ.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...