Operator taska perlu hubungi penjaga sekiranya anak tidak hadir
KUCHING, 13 Nov – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewajibkan operator Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) menghubungi ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir bagi mengelakkan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dikemas kini susulan beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini selepas penjaga terlupa menurunkan anak mereka di premis taska dan meninggalkan mereka di dalam kereta.
“Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, perlu juga ada nombor telefon kecemasan bagi membolehkan taska menghubungi seperti ahli keluarga terdekat.
“Namun ada yang saya tak boleh lakukan sebab ia di bawah kementerian berbeza… contohnya orang kata melarang penggunaan cermin kereta gelap. Ia bukan di bawah bidang kuasa saya, jadi saya hanya boleh lakukan sesuatu yang di bawah bidang kuasa saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Media Sarawak di sini semalam.
Setakat Oktober lepas sehingga kini, beliau berkata sejumlah tiga kes kanak-kanak maut berikutan tertinggal di dalam kereta telah dilaporkan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘ANAK ASYIK TERSENYUM DAPAT BAJU SEKOLAH BAHARU’
REMBIA 20 Januari - "Sepanjang pagi ini anak asyik tersenyum apabila diberitahu dia akan memakai baju baharu apabila sesi persekolahan...
MPJ TERUS DEKATI KOMUNITI JASIN
JASIN 20 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menggalakkan gaya hidup sihat komuniti dalam kawasan pentadbirannya dengan menganjurkan Program Mesra...
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...
PEMILIK SALON DITAHAN HISAP KEMALUAN REMAJA
AYER KEROH 20 Januari - Seorang jurusolek ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal dengan menghisap kemaluan seorang remaja lelaki...