
Operasi SAR hari kelapan ditangguhkan sementara petang ini – Polis
BATANG KALI, 23 Dis — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelapan mengesan seorang lagi mangsa terakhir, ditangguhkan sementara ekoran hujan lebat di lokasi pencarian petang ini.
Bercakap kepada Bernama, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata ia ditangguhkan pada 5.30 petang tadi atas faktor keselamatan anggota penyelamat yang terlibat.
Beliau juga tidak menolak SAR akan disambung semula bila-bila masa hari ini selepas keadaan bertambah baik.
Tinjauan Bernama di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK) setakat 5.55 petang ini mendapati hujan masih lebat dan keadaan berkabus di kawasan sekitar, manakala anggota penyelamat yang terlibat SAR dilihat berlindung di pos kawalan bomba menunggu cuaca reda.
Selain mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki yang masih hilang, tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, manakala 30 nyawa terkorban daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
SUNGAI LEREH TERCEMAR 11 KALI DALAM 3 BULAN
KLEBANG 14 Mac - Masalah pencemaran yang berlaku di Sungai Lereh perlu diatasi segera dengan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat perlu...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...