Sorting by

×

Operasi perniagaan dihadkan sehingga 8 malam, farmasi 10 malam

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PUTRAJAYA 22 Mei – Aktiviti perniagaan termasuk pasar raya, kedai makan dan stesen minyak dihadkan operasi bermula 8 pagi hingga 8 malam bermula Selasa ini hingga 7 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan (MKN) Pengurusan COVID-19 semalam, kerajaan memutuskan untuk melakukan penambahan prosedur operasi standard (SOP) terhadap aktiviti perniagaan berbanding tumpuan lebih diberikan kepada aktiviti sosial pada 12 Mei lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, penambahan SOP itu berkuat kuasa di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

“Operasi perniagaan seperti kedai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk, jika dulu (12 Mei) bermula 6 pagi hingga 10 malam, sekarang hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Begitu juga penjualan makanan yang lain, jualan secara bawa pulang (take-away), pandu lalu atau penghantaran, perniagaan kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian dan pasar malam (sebelum ini) 4 petang hingga 10 malam, kita jadikan 8 pagi hingga 8 malam.

“Bagi kedai makanan haiwan dan stesen minyak kecuali di lebuh raya (24 jam) serta kedai dobi bermula dalam tempoh sama manakala bagi perniagaan farmasi sahaja dibenarkan 8 pagi hingga 10 malam,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, SOP lanjut boleh diakses melalui kementerian berkaitan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1067
Kongsi :
Previous post 80 peratus sektor awam, 40 peratus sektor swasta ‘work from home’
Next post Pemakaian pelindung dan pelitup muka berkesan cegah jangkitan sehingga 95 peratus
Ubah saiz-+=