Operasi pencarian Eric dihentikan – Polis
KUCHING, 19 Mac – Operasi pencarian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie, di sekitar perairan sungai Muara Tebas di sini sejak Ahad lepas, telah dihentikan pada 6 petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkata walaupun pelbagai inisiatif pencarian telah diambil pasukan operasi, namun pencarian Eric telah terbatas oleh beberapa faktor antaranya bentuk muka bumi, ancaman binatang buas, cuaca dan keadaan air pasang surut.
“Sehingga kini, operasi pencarian belum mendapat sebarang petunjuk.
“Pasukan siasatan akan meneruskan tumpuan siasatan secara saintifik bagi merungkai petunjuk yang ada,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, malam ini.
Ashmon berkata pihak polis juga sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam mengenai kes tersebut.
Pada 14 Mac lepas, polis telah mengklasifikasikan kes kehilangan Eric sebagai kes bunuh melibatkan dua suspek iaitu pasangan penjaga yang telah ditahan dan direman untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, kanak-kanak itu telah dilaporkan hilang dari sebuah rumah di kawasan perumahan Bintawa, di sini, pada 7 Mac lepas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...