Sorting by

×

Operasi Pasca Banjir, MPAG bantu penduduk terjejas

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 15 Ogos – Kerja-kerja pembersihan Operasi Pasca Banjir giat dilaksanakan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di lokasi terjejas di Parlimen Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, kerja-kerja pembersihan dimulakan sejak dua hari lalu itu membabitkan 60 kakitangan Jabatan Teknikal dan dalaman MPAG.

Katanya, operasi turut dibantu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

“Selain itu kami turut mendapat kerjasama wakil Japerun, syarikat SWM Environment Sdn Bhd, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Alor Gajah selain Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Operasi membabitkan bantuan membersihkan kediaman mangsa dan melupuskan barangan seperti perabot dan kelengkapan rumah yang rosak akibat banjir. Kami ketika ini sudah berada pada fasa akhir dan dijangka dilanjutkan bagi tempoh dua hari lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

TPr. Saifuddin berkata, operasi pembersihan kini ditumpukan sekitar Kampung Padang Kambing, Kampung Brisu, Kampung Punggal, Rantau, Kampung Pengkalan Pauh, Kampung Telok Berembang, Kampung Ladang dan Taman Desa Bayu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

90
Kongsi :
Previous post MPJ fokus siapkan baki kerja 2024
Next post Jambatan sementara Jalan Solok Punggai, siap tengah malam ini
Ubah saiz-+=