
Operasi daerah Masjid Tanah secara berperingkat – Sulaiman
MASJID TANAH 3 Jan. – Rancangan mewujudkan daerah Masjid Tanah akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan urusan pendokumentasian selesai sepenuhnya.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, ia memerlukan sedikit masa termasuk mengambil kira pegawai-pegawai yang dilantik mengikut peringkat.

“Kita akan mula operasi daerah Masjid Tanah secara berperingkat, pegawai-pegawai dah dikenal pasti kita akan angkat dulu mengikut peringkat.
“Bila semua dokumentasi dah selesai, seterusnya Masjid Tanah akan menjadi satu daerah yang baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Keluarga Sukaneka Kampung Solok Budi di sini, hari ini.
Jelasnya, apabila adanya satu daerah baru, ia memudahkan sebarang bentuk pembangunan dalam kawasan atau sesuatu daerah.
“Bila daerahnya wujud, bermakna pembangunan yang bakal berlaku dalam kawasan itu akan mendapat peruntukan pertama dari kerajaan negeri, kedua dari persekutuan.
“Kependudukan yang boleh melengkapkan sesuatu kawasan itu boleh diangkat menjadi satu daerah,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...