Operasi cari lelaki hilang di laut dihentikan – APMM
KANGAR, 10 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghentikan Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot Selasa lepas, di perairan Pantai Kuala Sungai Baru di sini.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata operasi mencari Bukhari Yusof, 45, penganggur, dihentikan pada pukul 7.30 malam semalam berikutan tiada sebarang petunjuk ditemukan sepanjang tiga hari operasi dilaksanakan.
“Keseluruhan kawasan pencarian melibatkan keluasan 79.96 batu nautika persegi, meliputi perairan Kurung Tengar serta Sungai Baru sehingga Kuala Sanglang, dan operasi melibatkan 67 pertugas termasuk orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata APMM merakamkan penghargaan kepada agensi sahabat yang terlibat dalam operasi seperti anggota polis, pasukan polis marin, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.
Dalam kejadian Selasa lepas, Bukhari dipercayai terjatuh dari bot ketika sedang tidur, semasa dua kru bot berkenaan sedang sibuk menangguk siput di kedudukan tiga batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru di sini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BANJIR MELAKA: 3 PPS DIBUKA, 54 MANGSA DIPINDAHKAN
AYER KEROH 23 November - Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air....
PENANTIAN 16 TAHUN BERBALOI
AYER KEROH 22 November - Seorang guru lelaki memperoleh 'durian runtuh' apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional...
GEDUNG LANDSKAP MPJ
JASIN 22 November - Inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) untuk mengindah dan menghijaukan landskap dalam kawasan pentadbirannya turut membabitkan proses...
TAHAP KEBERSIHAN TAK MEMUASKAN, DAPUR DUA HOTEL DIARAH TUTUP
AYER KEROH 22 November - Dapur di dua hotel di negeri ini diarahkan tutup selepas kebersihan di premis berkenaan berada...
ANGGOTA POLIS DIDAKWA CURI RANTAI LEHER, RANTAI TANGAN MILIK WANITA YANG MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR 22 November - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan...
AGENSI PERUMAHAN PERLU SEDIAKAN KEDIAMAN SELESA, BERKUALITI
BANDARAYA MELAKA 22 November - Agensi dan pemain industri perumahan setiap negeri perlu memainkan peranan sebagai penyedia kediaman yang selesa...