
Operasi bazar ramadan dan bazar Aidilfitri belum diputuskan- KM
BUKIT PALAH 20 Feb – Kebenaran pengoperasian bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di Melaka belum diputuskan, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata perkara itu akan diputuskan selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa COVID-19 negeri dalam masa terdekat.
Katanya, segala keputusan akan dibuat selepas melihat kepada jumlah kes harian.
“Kita belum putuskan lagi dan keputusan sama ada pembukaan bazar ramadan dan bazar aidilfitri dibenarkan beroperasi atau tidak.
“Segala keputusan hanya akan dibuat selepas melihat kepada jumlah kes harian di Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Melancarkan Program Firmanmu Di Dadaku di Masjid Al Azim hari ini.

Terdahulu, Kuala Lumpur dan Selangor antara negeri yang membenarkan pembukaan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri bermula 1 Ramadan depan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
DUYONG 15 Mac - Seramai 225 peniaga secara sukarela mendaftar dan menawarkan menu bawah RM5 di tiga Bazar Ramadan RAHMAH...
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...
112 ORANG MELAKA DITIPU ‘SCAMMER’, BABIT KERUGIAN RM1.032 JUTA
MACHAP JAYA 15 Mac - Belum cukup tiga bulan sejak tahun 2025 membuka tirai, seramai 112 rakyat Melaka telah menjadi...
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...