
Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri pada 8 hingga 13 April – KPN
KUALA LUMPUR, 5 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri pada 8 hingga 13 April ini dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Razarudin berkata pihaknya mengharapkan kerjasama penuh daripada masyarakat bagi memastikan , sasaran operasi berkenaan dapat dicapai selain memastikan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan rasa selamat dan sejahtera.
“Kepada yang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman ataupun bercuti semasa tempoh perayaan ini saya menasihatkan rancanglah perjalanan anda serta tanamkan sifat penyabar dan berhemah ketika memandu di jalan raya.
“Semoga kita semua dapat meraikan lebaran ini dengan penuh bermakna bersama insan tersayang, sayangi diri dan keluarga anda dan jauhi kemalangan,” katanya semasa melancarkan Op Selamat 22 Hari Raya Aidilfitri secara maya yang disiarkan di laman sosial PDRM hari ini.
Sementara itu Razarudin yang mewakili seluruh warga PDRM turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia MADANI tercinta.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...