Op Selamat 18: Melaka catat 676 kemalangan, empat maut

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 9 Mei – Melaka mencatatkan sebanyak 676 kes kemalangan dengan empat dilaporkan maut sepanjang pelaksanaan Op Selamat 18 bermula 29 April hingga 8 Mei.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, berlaku kemasukan kenderaan dalam jumlah yang tinggi ke Melaka sepanjang cuti perayaan Aidilfitri lalu susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan.

Beliau berkata, jumlah kemalangan di Melaka meningkat sebanyak 73 kes atau 20 peratus berbanding 603 dicatatkan sepanjang Op Selamat 15 yang lalu.

“Mangsa yang parah juga meningkat daripada cuma tiga individu pada Op Selamat 15 kepada 32 orang atau peningkatan sebanyak 967 peratus.

“Namun jumlah kemalangan maut dan kematian dicatatkan cuma empat kes atau turun satu kes berbanding lima sebelum ini.

“Pada Op Selamat sebelum ini tidak ada mangsa dilaporkan cedera ringan namun tahun ini Melaka merekodkan sebanyak 35 kes atau peningkatan sebanyak 100 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Katanya, jumlah saman atas pelabagai kesalahan termasuk memandu melebihi had lalu dikeluarkan mengikut POL 257 dan POL 170A juga meningkat 1,934 daripada 6,022 kepada 7,956 atau naik sebanyak 32 peratus.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1600
Kongsi :
Previous post Peningkatan jumlah kenderaan, kelewatan kapal tangki antara punca bekalan petrol RON95 terjejas
Next post Rakyat jadi ‘hakim’ nilai prestasi kerajaan 100 hari mentadbir
Ubah saiz-+=