Op Pra TBC: JPJ keluarkan 407 notis dalam masa 4 hari

Masa Membaca:59 Saat

KESIDANG 18 Januari – Sebanyak 407 notis kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka dalam tempoh empat hari Op Pra Tahun Baru Cina (TBC) dilaksanakan.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif berkata notis melibatkan 337 kesalahan bagi tempoh 14 hingga 17 Januari (semalam).

Katanya, kesemua notis kesalahan yang dikeluarkan itu dianggarkan secara kasar bernilai lebih RM90,000.

“Sepanjang Op Pra TBC itu dilakukan, sebanyak 1,004 kenderaan melibatkan 631 motosikal dan 373 kereta dan lain-lain kenderaan diperiksa.

“Hasilnya sebanyak 180 kenderaan melibatkan 139 motosikal dan 41 lain-lain kenderaan yang telah diambil tindakan

“Sebanyak 304 notis kesalahan dengan notis P22 iaitu notis arah periksa mencatatkan bilangan tertinggi yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Pemeriksaan Bas di Depoh Ekspres Delima di Kawasan Perindustrian IKS Taman Malim Jaya, di sini, malam tadi.

Muhammad Firdaus berkata daripada 337 jumlah kesalahan dikesan, kategori kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Insuran serta kesalahan melibatkan lesen memandu antara kesalahan paling tinggi dikesan dalam Ops Pra TBC itu.

“Bagi kesalahan melibatkan LKM dan Insurans, sebanyak 114 kesalahan dikesan dan melibatkan lesen memandu, JPJ Melaka mengesan 113 kesalahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1275
Kongsi :
Previous post JPJ Melaka tidak ‘beri muka’ pada pemandu warga asing tanpa lesen
Next post Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Melaka pada 23 Januari
Ubah saiz-+=