Sorting by

×

Op Merah: 183 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada penunggang e-hailing

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

PERINGGIT 16 Okt. – Sebanyak 183 notis melibatkan pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan kepada penunggang motosikal e-hailing dalam Op Merah diadakan di negeri ini, sejak 8 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohamad Firdaus Shariff berkata, dalam operasi terbabit sebanyak 549 motosikal diperiksa dengan 183 daripadanya diambil tindakan.

Menurutnya, antara kesalahan trafik yang dilakukan adalah gagal mematuhi isyarat merah, isyarat lalu lintas jalan sehala dan kesalahan pemakaian topi keledar.

Mohamad Firdaus.

“Sepanjang melaksanakan Op Merah, kita telah mengeluarkan 183 notis atas pelbagai kesalahan trafik.

“JPJ turut menjalankan advokasi kepada kenderaan teksi dan e-hailing supaya mematuhi peraturan serta pematuhan dalam menangai COVID-19 di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjalankan Op Pematuhan SOP COVID-19 di bawah Akta 342 (Kawalan Penyakit Berjangkit) di Terminal Melaka Sentral, malam tadi.

Dalam pada itu, ujarnya, pihaknya komited menjalankan operasi bagi memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam terutama bas ekspres mematuhi undang-undang jalan raya.

ANTARA penumpang yang gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dikenakan kompaun RM1,500 dalam operasi terbabit.

“Untuk makluman, kita juga menjalankan pemeriksaan kenderaan pengangkutan awam bas ekspres ini bagi memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan.

“Pelbagai pemeriksaan akan dijalankan termasuk pemeriksaan buku log pemandu, pemeriksaan terhadap bas, lesen pemandu serta pelbagai lagi,” katanya.

Menerusi Op pematuhan itu 152 bas ekspres dan 1,800 penumpang bagi perjalanan ke utara, pantai timur dan selatan diperiksa.

Tiga kompaun telah dikeluarkan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) berjumlah RM4,500 terhadap pengunjung yang gagal mengimbas aplikasi MySejahtera bagi kemasukan ke bangunan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

487
Kongsi :
Previous post 1,000 cenderahati diedarkan buat pengunjung – Jailani
Next post Masjid Selat tidak akan dialih – Jurucakap kerajaan negeri
Ubah saiz-+=