Sorting by

×

Op Lancar Khas, elak kesesakan

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 23 Oktober – Operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, bagi memastikan pergerakan lalu lintas di Banda Hilir, lancar terutamanya sepanjang pelaksanaan zon bebas kenderaan pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, Op Lancar Khas ditumpukan di kawasan tarikan pelancong dan laluan berhampiran zon bebas kenderaan.

Zainol berkata, selain JSPT pelaksanaan operasi khas itu turut dibantu pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Operasi ini bertujuan bagi melancarkan dan mengawal pergerakan aliran trafik sekitar kawasan zon bebas kenderaan, pegawai dan anggota juga ditempatkan di laluan yang mengalami kesesakan.

“Menerusi tinjauan dijalankan, kita dapati ada berlakunya kesesakan sepanjang kira-kira 2.3 kilometer terutamanya di kawasan tumpuan pelancong namun ianya berjaya dikawal,” katanya.

Menurut beliau, susulan pelaksanaan zon bebas kenderaan dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Sabtu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

“Orang ramai yang ingin menggunakan laluan sekitar atau yang terbabit dengan zon bebas kenderaan dinasihatkan supaya merancang perjalanan, selain patuh kepada arahan lalu lintas agar aliran trafik berjalan dengan lancar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1450
Kongsi :
Previous post Tujuh empangan termasuk Melaka berisiko datangkan masalah sumber air kepada LRA – SPAN
Next post Institut Dondang Sayang dijangka beroperasi 2024
Ubah saiz-+=