Op Kontraban: 23 ditahan, lebih RM27 juta barangan dirampas minggu pertama tahun ini
KUALA LUMPUR, 9 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM27 juta dalam sembilan serbuan Op Kontraban seluruh negara pada minggu pertama tahun ini dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan barangan bersubsidi.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata 17 warga tempatan dan enam warganegara asing turut ditahan dalam operasi oleh Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam itu.
“Keseluruhan rampasan bernilai RM27,400,605.20 melibatkan rampasan bernilai RM24, 229, 455.70 di bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM971,149.50) dan Akta Racun 1952 (RM2,200,000),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas pula, polis berjaya menahan seramai 306 individu dengan nilai rampasan RM132,707,431.40 menerusi operasi yang sama.
Katanya jumlah itu melibatkan rampasan bernilai RM68,047,396.60 di bawah Akta Kastam 1967, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 1967 (RM25,000), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (RM2,855,370), Akta Bahan Letupan 1957 (RM7,576,222) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM40,360,702.80).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...