Sorting by

×

OP BERSEPADU MBMB: 357 PREMIS DIPERIKSA, ENAM DISITA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PENGKALAN BATU 19 Mac – Sebanyak 357 premis diperiksa dalam operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan di Pasar Besar MBMB Bachang, 13 Mac lalu bertujuan memastikan pematuhan syarat lesen dan peraturan perniagaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata pemeriksaan melibatkan semakan tanda harga, alat timbang dan sukat, barangan bersubsidi seperti gula, minyak masak, botol serta tepung gandum.

“Hasil pemeriksaan dua Notis Untuk Tindakan (NUT), 21 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dan 10 notis penggredan premis makanan telah dikeluarkan, manakala enam premis telah disita.

“Setiap kesalahan boleh dikenakan kompaun sehingga RM250 mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Penjaja dan Gerai (MBMB) 2010,” katanya.

Shadan, turut mengingatkan semua pemilik premis perniagaan agar sentiasa cakna dan memastikan lesen perniagaan mereka dikemas kini selain akaun sewaan premis dijaga dengan baik.

“Operasi penguatkuasaan ini akan diperluaskan ke seluruh premis perniagaan bawah seliaan MBMB untuk memastikan pematuhan peraturan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan di kawasan tersebut.

“Kami komited menjalankan operasi ini secara berterusan bagi memastikan kebersihan, keselamatan dan pematuhan undang-undang di kawasan perniagaan,” katanya.

Operasi itu melibatkan seramai 45 anggota daripada pelbagai jabatan, termasuk Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, Unit FRONT MBMB dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

47
Kongsi :
Previous post 49 MUALAF MELAKA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN
Next post KEMBARA RAMADAN KAK SOM SANTUNI WANITA