
ONE MEDIC BERTAM MALIM TAWAR PENJAGAAN KESIHATAN TERBAIK
KESIDANG 14 Februari – Servis penjagaan luka (wound care services) merupakan antara kepakaran yang disediakan oleh Klinik Keluarga One Medic Bertam Malim bagi mereka yang mengalami luka kronik dan sukar sembuh.
Pegawai Perubatan Klinik Keluarga One Medic Bertam Malim, Dr. Denise Martin Ambrose berkata, servis tersebut merupakan antara kepakaran yang ditawarkan secara sistematik serta efektif kepada masyarakat umum.
“Wound care service semakin mendapat permintaan bagi mereka yang mengalami luka kronik dan sukar sembuh.
“Dengan perkembangan teknologi perubatan, rawatan luka kini lebih sistematik dan efektif, memberikan harapan kepada pesakit yang menghadapi masalah penyembuhan luka yang lambat.
“Malah rawatan di klinik ini bukan sahaja mempercepatkan proses penyembuhan, malah mengurangkan risiko komplikasi,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Klinik Keluarga One Medic Bertam Malim.

Perasmian klinik itu tekah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang merangkap Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Allex Seah Shoo Chin dan turut dihadiri Pengarah Urusan Klinik Keluarga One Medic, Dr. M. Sugania.
Menurut Dr. Denise, klinik tersebut turut menawarkan beberapa lagi perkhidmatan kesihatan seperti pemeriksaan darah, ujian saringan kesihatan, vaksinasi tahunan termasuk tifoid, rawatan dan konsultansi am, elektrokardiogram (ECG), serta pelbagai lagi.
“Kami di Klinik Keluarga One Medic Bertam Malim tawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada komuniti setempat,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.