Olimpik 2020: Strategi jadi penentu ’emas’ keirin

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

JAGUH lumba basikal trek, Datuk Azizulhasni Awang mampu menghadiahkan kilauan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu, memetik sumber portal Sinar Harian sebentar tadi.

Pengurus pasukan, Datuk Ashakari Abu Noor percaya Azizulhasni dan rakan sepelatihnya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mempunyai pelan tersendiri bagi merealisasikan misi meraih emas sulung Olimpik.

“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia menjerit melihat Azizulhasni dan Shah Firdaus beraksi di Velodrom Izu ketika mereka beraksi dalam acara pecut sejak dua hari lalu.

“Saya juga yakin rakyat Malaysia tidak putus berdoa agar Azizulhasni dan Shah Firdaus berjaya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik di Tokyo nanti.

“Paling penting, mereka dapat ikut taktikal jurulatih, John Beasley. Jika semuanya ikut perancangan, insya-ALLAH tak mustahil emas mampu dibawa pulang,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Ashakari percaya acara keirin merupakan platform buat Azizulhasni dan Shah Firdaus memperagakan kekuatan sebenar mereka selepas masing-masing terkandas di pusingan ketiga acara pecut pada Khamis.

“Sejak awal, kita memang tekan dan fokus kepada acara keirin. Namun, mereka tetap beraksi dengan baik dalam acara pecut. Shah Firdaus sekalipun tampil kali pertama, tapi mampu mara sehingga pusingan ketiga.

“Pencapaian ini sangat membanggakan. Bukan mudah untuk melakar kejayaan seumpama itu pada Sukan Olimpik. Saya berharap dia mampu membuktikan sesuatu dalam acara keirin nanti,” katanya.

Azizulhasni yang tampil kali keempat di pentas Olimpik selepas edisi Beijing 2008, Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016 melakar sejarah apabila membawa pulang pingat gangsa menerusi acara keirin di Rio.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

526
Kongsi :
Previous post COVID-19: Shuib yakin Sarah kuat
Next post PM seru kibar Jalur Gemilang tanda solidariti melawan COVID-19
Ubah saiz-+=