
Olimpik 2020: Kecederaan tidak halang Shah Firdaus layak ke suku akhir
KECEDERAAN yang dialami Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada pusingan pertama tidak menghalangnya untuk mara ke peringkat suku akhir acara keirin di Velodrome Izu sebentar tadi, memetik laporan portal Sinar Harian.
Muhammad Shah Firdaus terpaksa beraksi di saingan repechage selepas menarik diri daripada perlumbaan pusingan pertama ekoran kecederaan selepas terlibat pelanggaran dengan pelumba Great Britain, Jack Carlin.
Bagaimanapun, beliau membuktikan kecederaan yang dialaminya bukan penghalang apabila menamatkan saingan repechage di kedudukan kedua dibelakang pelumba Trinidad & Tobago, Kwesi Browne.
Ia sekali gus menyaksikannya turut menempah tiket ke saingan suku akhir bersama Datuk Mohd Azizulhasni Awang esok.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...