Sorting by

×

OKU maut, dua motosikal bertembung

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ALOR GAJAH 19 April – Seorang penunggang yang juga orang kurang upaya (OKU) maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Kuil Pengkalan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu mangsa K Mahendran, 40, bekerja sebagai tukang cuci menunggang Honda Wave, disahkan maut dilokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan itu membabitkan dua buah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Pengkalan manakala sebuah lagi motosikal ditunggang lelaki berusia 34 tahun dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan dilakukan kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa memasuki laluan bertentangan, mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu bertembung secara berdepan.

“Pekerja pembersihan terbabit maut di lokasi manakala seorang lagi penunggang iaitu pekerja kilang dilaporkan cedera di kepala kini sedang dirawat di Zon Merah Hospital Alor Gajah,” katanya.

Arshad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik hospital sama bagi proses bedah siasat selain kedua-dua kenderaan terbabit kemalangan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan, kami minta kerjasama saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1338
Kongsi :
Previous post Tubuh pasukan petugas atasi masalah kesesakan di Tambak Johor – Onn Hafiz
Next post Peniaga tidak digalak bungkus makanan guna surat khabar
Ubah saiz-+=