Sorting by

×

NUTP MAHU TAMBAH JUMLAH AHLI SELURUH NEGARA

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

TANJUNG BIDARA 20 Disember – Jumlah warga pendidik di negara ini yang berdaftar sebagai ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dianggap masih rendah.

Mengulas berhubung perkara itu Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata, daripada keseluruhan lebih 400,000 orang guru di negara ini, cuma separuh atau 230,000 sahaja yang sudah berdaftar.

Berikutan itu beliau mempelawa lebih ramai warga pendidik khusus guru baharu untuk menjadi ahli NUTP yang sejak sekian lama memperjuangkan hasrat guru dalam hal berkaitan perkhidmatan selain menjaga kabajikan mereka.

“Dalam aspek kebajikan NUTP turut menyediakan skim perlindungan insurans berkelompok dengan potongan serendah RM5 sahaja setiap bulan, namun manfaatnya amat besar bagi pencarum.

“Alhamdulillah kali ini kami menyempurnakan serahan manfaat insurans berjumlah RM306,973.24 kepada waris Allahyarhamah Cikgu Dahlia Ahmad, guru Sekolah Kebangsaan (Sk) Jeram yang meninggal dunia dalam kemalangan Jun lalu.

“Ini adalah antara skim ditawarkan kepada guru menjadi ahli NUTP, berikutan itu saya harap lebih ramai warga pendidik tampil dan berdaftar dengan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Manfaat Insurans Kepada Waris Allahyarhamah Cikgu Dahlia Ahmad dan Sumbangan Kepada 11 Ahli NUTP di SK Jeram, di sini, hari ini yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Adun Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah.

Yang turut hadir Naib Pengerusi NUTP, Mubin Minhaj; Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Karim Tumin; Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah, Abdul Malek Kassin dan Guru Besar SK Jeram, Samsir A Rawad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

102
Kongsi :
Previous post 442 NELAYAN ALOR GAJAH, PORT DICKSON TERIMA SAGU HATI
Next post PESARA RUGI LEBIH RM134,000 TERPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD DI TIKTOK
Ubah saiz-+=