
NURUL SYASYA ‘BERSINAR’ DI FIJI
AYER KEROH 18 September – ‘Badang’ Nyalas, Nurul Syasya Khairina Syamsur mengharumkan nama negara selepas merangkul pingat emas pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji, hari ini.
Anak kelahiran Nyalas, Asahan itu mengungguli acara remaja wanita 59 kilogram (kg) selepas melakukan angkatan keseluruhan 155 kg untuk mengesahkan kilauan pingat emas buat negara.
Sementara itu pingat perak milik atlet Australia, manakala wakil tuan rumah, Fiji memperoleh gangsa.
Nurul Syasya, bukanlah nama asing dalam arena sukan angkat berat negara kerana pernah meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 dan perak di SUKMA Sarawak, baru-baru ini.
Gadis bakal berusia 15 tahun pada 30 Oktober depan juga merupakan penerima Anugerah Atlet Harapan Negeri Melaka.
Untuk rekod, Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 yang bermula semalam hingga 21 September itu disertai 210 jaguh angkat berat dari 25 negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...
BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DI MELAKA MENINGKAT TAHUN INI
AYER KEROH 29 April - Jumlah penerima bagi bantuan Pendidikan menerusi Bantuan Pakaian Sekolah (BPSR) dan Biasiswa Melaka tahun ini...