NTW 2024 lahir lebih ramai pekerja mahir, separa mahir

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PENGKALAN BATU 26 Jun – Kira-kira 200 peserta membabitkan pelbagai industri, institusi pengajian tinggi (IPT) dan syarikat perusahaan tempatan menyertai Karnival National Training Week (NTW) 2024 Edisi Wilayah Selatan di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC), di sini, hari ini.

Karnival sehari itu padat dengan pelbagai pengisian dan perkongsian daripada pengendali industri, syarikat serta pempengaruh media sosial yang bagi berkongsi pengalaman selain memberikan motivasi kepada peserta.

Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan berhubung pelbagai peluang yang boleh diterokai dalam industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan pekerja mahir dan separa mahir.

Karnival itu dibahagikan kepada beberapa slot dan dimulakan dengan bengkel Mastery Business in AI (Kecerdasan Buatan) disampaikan oleh penceramah Syafiqah Mohd Uzi.

Turut diadakan bengkel Grooming Kerjaya dan My Future Jobs oleh wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Pocket Talk SME-Bijak Wang Bijak Niaga oleh wakil Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Melaka, Aimee Kamar Othman.

Slot kedua diteruskan dengan sesi perkongsian lain iaitu AI Transformation at Workplace oleh wakil Infineon Technologies, Public Speaking Talk dan Pocket Talk-Agenda Pembangunan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) oleh wakil SME Corp Malaysia, Noor Azzam Yaazizul Ghafar.

Karnival NTW 2024 Edisi Wilayah Selatan telah dirasmikan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwe Hee Sem.

Hadir sama, Hadir sama, Ketua Wilayah Selatan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) Puviyan Thevar Thiagarajan; Pengarah Eksekutif MISDEC Haiqal Syukri Jantan dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

50
Kongsi :
Previous post Ab Rauf tinjau perkembangan Texas Instruments
Next post ‘Orang Jasin tukar barang buangan jadi duit’
Ubah saiz-+=