NTW 2024: 10,000 orang Melaka dapat manfaat

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PENGKALAN BATU 26 Jun – Seramai 10,000 rakyat Melaka dalam pelbagai bidang menyertai Minggu Latihan Kebangsaan 2024 (NTW 2024) Peringkat Negeri Melaka yang diadakan selama seminggu bermula 24 Jun lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, NTW 2024 memberi pelbagai manfaat kepada negeri, antaranya menyediakan kursus dan latihan secara percuma dalam melahirkan lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir.

Menurutnya, dalam tempoh seminggu, lebih 200 program telah dianjurkan di seluruh negeri, antaranya seminar, bengkel dan latihan berasaskan teknologi kepada peserta.

“Seperti mana yang kita tahu, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh amat mementingkan aspek pelaburan.

“Justeru, sebelum lebih banyak pelaburan masuk, kita perlu bersiap sedia menyediakan latihan dan bengkel untuk melatih lebih ramai pekerja mahir atau separa mahir memandangkan perkembangan teknologi masa kini memerlukan peningkatan kemahiran oleh pekerja sedia ada.

“Jadi, mewakili Kerajaan Negeri, saya menyambut baik program NTW ini diadakan dan saya berharap ia akan menjadi acara tetap diadakan pada setiap tahun.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Karnival NTW 2024 Edisi Wilayah Selatan Peringkat Negeri Melaka di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC), Batu Berendam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Wilayah Selatan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) Puviyan Thevar Thiagarajan; Pengarah Eksekutif MISDEC Haiqal Syukri Jantan dan lain-lain kenamaan.

Menurut Hee Sem, kursus dan latihan yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat amat penting, bukan sahaja dalam melahirkan pekerja berkualiti, bahkan dapat mengurangkan pengangguran di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

521
Kongsi :
Previous post Caj 10 sen guna kod QR, peniaga kedai makan dikompaun
Next post Kemudahan rakaman video, bukti pengislaman suadara baharu
Ubah saiz-+=