
Notis NPMB kepada peniaga berhubung kailan ikan masin dikatakan mahal
KEPALA BATAS 29 Nov – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga sebuah restoran berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18.
Dalam kenyataan hari ini KPDNHEP Pulau Pinang berkata peniaga itu perlu memberi maklum balas berhubung NPMB dalam tempoh dua hari bekerja bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.
“Pihak KPDNHEP Pulau Pinang menerima makluman berkaitan isu yang ditularkan “harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan” melalui media sosial oleh seorang pelanggan mengenai hidangan kailan ikan masin yang dikatakan mahal, semalam.
“Berikutan itu penguat kuasa kami telah pun ke lapangan (restoran) untuk menyiasat aduan itu semalam dan mengeluarkan satu notis NPMB kepada peniaga restoran berkenaan, dan (mereka) perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari kepada KPDNHEP Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.
Semalam menerusi hantaran di Facebook (FB) itu, seorang pelanggan memuat naik resit memaparkan harga keseluruhan makanan sebelum ia tular, dan individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...