
Norazlan tidak tolak untuk kekal bersama MU
PENJAGA gol Melaka United Norazlan Razali sedia untuk terus menyarung jersi Melaka United (MU) musim hadapan jika masih terus diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan.
Pemain berpengalaman berusia 34 tahun itu bagaimanapun enggan terlalu memikirkan soal masa depan buat masa ini.
Sebaliknya mahu kekal fokus bersama skuad Hang Tuah bagi membantu pasukan mencatat keputusan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.
“InsyaAllah jika diberi peluang saya akan kekal di Melaka United kerana saya sentiasa berbangga dapat bermain untuk Melaka.
“Jika ada rezeki minta saya untuk sambung kontrak bersama Melaka United memang saya tidak akan tolak.
“Tetapi apa pun, perkara itu kita letak sebagai nombor dua, kerana buat masa ini kita cuba capai dahulu apa yang disasarkan oleh pasukan,” katanya.
Norazlan, anak jati Johor sebelum ini pernah diberi tanggungjawab menjadi benteng terakhir beberapa pasukan ternama antaranya, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Felda United.
Selain itu, dia juga pernah terpilih menyarung jersi kebangsaan dalam tiga perlawanan antarabangsa pada 2013.
Views:
Related


Berita Lain
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...