Sorting by

×

‘No Right Turn’ bermula 3 Julai

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 14 Jun – Kerajaan Negeri menerusi Jabatan kerja Raya (JKR) Negeri Melaka akan melaksanakan projek perintis pelaksanaan ‘No Right Turn’bermula pada 3 Julai ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Persimpangan Stadium Hang Jebat bakal menjadi projek perintis bagi pelaksanaan itu membabitkan tempoh pelaksanaan selama sebulan.

“Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Lebuh SPA dari persimpangan Ayer Keroh ke persimpangan ‘flyover’ Cheng dan sebaliknya.

“Pengguna yang hendak ke Stadium Hang Jebat dan kawasan sekitar dari Ayer Keroh perlu menggunakan pusingan U di bawah flyover Cheng.

“JKR telah menambah baik pusingan U dan pelebaran jalan di persimpangan flyover Cheng (Lebuh SPA) bagi mengurangkan kesesakan trafik di kedua-dua hala akibat dari penutupan persimpangan Stadium Hang Jebat,” katanya pada pada sidang media pasca Mesyuarat Exco Mingguan di Bilik Mesyuarat Tun Bija Sura, di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, selain Persimpangan Stadium Hang Jebat, JKR Melaka juga sedang menjalankan kajian penyuraian trafik di lapan lokasi lain antaranya, Persimpangan Klinik Kesihatan Masjid Tanah (dalam tempoh percubaan dan pengujian); Jalan Utama Masjid Tanah (Pekan Masjid Tanah); Pesimpangan Bandar Baru Masjid Tanah (di kawasan Petronas) dan Persimpangan Solok Duku.

“Selain itu, ia turut membabitkan Persimpangan Sekolah Menengah Sains Alor Gajah (dalam tempoh percubaan dan pengujian); Persimpangan ‘flyover’ Cheng (Lebuh SPA, dalam proses pembinaan); Pesimpangan Durian Tunggal (Lebuh SPA) dan Persimpangan MITC (Lebuh SPA),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5802
Kongsi :
Previous post KONPES martabat Bahasa Melayu di mata dunia
Next post Melaka anjur Minggu Jerman sempena TMM2024
Ubah saiz-+=