
Nissan Skyline R32 menyerupai kenderaan polis dirampas
SEPANG, 3 Julai – Sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis dirampas manakala pemiliknya ditahan semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan kereta awam itu menerusi satu video TikTok berdurasi 13 saat, difahamkan menyertai pameran automotif Art of Speed Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.
Turut dirampas kunci kereta itu dan slip penyertaan pameran berkenaan.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan tugas. Siasatan masih diteruskan,” katanya.
Beliau berkata pemilik kereta berumur 45 tahun yang juga merupakan peniaga aksesori kereta dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai diambil.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...