Nikmat sate tulang, kambing golek Hotel Holiday Inn

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

BANDA HILIR 16 Mac – Sempena Ramadan ini, Hotel Holiday Inn menjemput orang ramai menikmati Bufet Meriah Kembali Ramadan yang menawarkan pelbagai juadah enak dan menarik.

Pengurus Besar Holiday Inn, K.Ramasamy berkata, bufet Ramadan yang bermula 15 Mac hingga 7 April itu menyediakan lebih 150 juadah berkonsepkan tradisional dan antarabangsa buat pengunjung.

Katanya, pelanggan juga dapat merasai kepelbagaian menu termasuk masakan kampung, hidangan tradisi Baba Nyonya, aneka makanan laut dan pelbagai lagi.

“Antara hidangan istimewa yang pastinya lebih membangkitkan selera adalah kambing bakar dan sate tulang.

“Lebih menarik lagi Bufet Ramadan Holiday Inn turut menyediakan hidangan lauk-pauk kampung seperti di bazar Ramadan, antaranya siput sedut masak lemak, paru balado selain snek bergoreng seperti cempedak goreng, cucur, ayam gunting serta pelbagai lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20240316 Wa0017
PELBAGAI jenis kuih-muih yang disediakan buat pengunjung di Bufet Ramadan Holiday Inn.

Sementara itu, Cef Eksekutif Sous Hotel Holiday Inn, Mior Zulkifly Abdan memaklumkan hidangan berkonsepkan makanan budaya di Melaka juga turut ditampilkan pada bufet Ramadan 2024.

“Asam pedas Melaka antara masakan yang digemari di sini. Menariknya, kita turut menyediakan pelbagai jenis kuih tradisional untuk santapan pengunjung.

“Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat membasahkan tekak dengan pelbagai jenis minuman dan buah-buahan segar,” katanya.

Img 20240316 Wa0001
PELBAGAI hidangan bertemakan Meriah Kembali Ramadan dengan lebih 150 juadah ditawarkan kepada pengunjung bermula 15 Mac hingga 7 April 2024.

Pakej berbuka puasa itu boleh dinikmati pada harga istimewa ‘early bird’ RM98 untuk dewasa yang boleh ditempah sehingga 21 Mac ini.

Manakala, harga yang dikenakan selepas tarikh tersebut adalah RM118 bagi dewasa, RM68 warga emas dan RM48 untuk kanak-kanak.

Terdahulu, pada Majlis Pelancaran Bufet Ramadan itu, pihak Holiday Inn turut menjemput dan menyantuni 40 anak-anak yatim dari Darul Aitam, Pernu untuk berbuka puasa di hotel.

Kesemua anak-anak itu turut menerima sumbangan ‘duit raya’ daripada pihak pengurusan Hotel Holiday Inn.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

790
Kongsi :
Previous post Tahap kebersihan bazar Ramadan Melaka memuaskan
Next post Suburkan usaha murni sepanjang Ramadan – KM
Ubah saiz-+=