Nenek 91 tahun ditemui mati, pemuda 20-an ditahan
MERLIMAU 20 Januari – Seorang wanita warga emas dipercayai menjadi mangsa samun ditemui meninggal dunia di kediamannya di Kampung Pulai Darat, di sini, awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, pihaknya bergegas ke kediaman mangsa untuk melakukan pemeriksaan selepas menerima maklumat daripada jiran wanita berkenaan pada jam 3.45 pagi.
Mohd Fadzli berkata, susulan pemeriksaan dilakukan pihaknya menemui mangsa, Misah Md Amim, 91, dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring dibahagian dapur kediaman terbabit.
“Berdasarkan maklumat awal mangsa tinggal seorang diri di kediaman berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Susulan kejadian dan berpandukan kepada maklumat diterima kami menahan seorang pemuda berusia 20-an di sebuah lokasi berhampiran enam jam kemudian,” katanya.
Katanya hasil semakan dijalankan pihaknya mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes rompak dan samun.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kami juga sedang mengenal pasti motif kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi mengenal pasti punca sebenar menyebabkan kematiannya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...