
Nelayan, pengawal keselamatan, pengusaha kedai gunting dan TASKA Melaka terima bantuan RM350
SERI NEGERI 18 Jun – Kerajaan Melaka mengumumkan bantuan khas sekali bayar (one-off) bernilai RM350 yang akan diagihkan kepada golongan B40 dan rentan yang memperoleh gaji harian di Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, antara yang bakal menerima bantuan tersebut termasuklah nelayan, penarik beca, pemandu bas (termasuk bas ekspress dan bas/van sekolah), pengusaha kedai gunting rambut, peniaga pasar malam, peniaga bazar, pengawal keselamatan, pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), pemandu Grab dan seumpamanya.
Katanya, sebanyak RM2.1 juta diperuntukkan untuk bantuan khas itu yang mana bayarannya akan disalurkan secara berperingkat mulai pertengahan Jun.
“Anggaran 6,000 orang dijangka menerima manfaat ini,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang dipancarkan secara langsung dari Seri Negeri, hari ini.
Selain itu, Sulaiman turut mengumumkan Bantuan Kit Makanan Nutrisi Sejahtera bernilai RM100 yang mengandungi makanan asas untuk disalurkan kepada golongan B-40 dan warganegara yang bermastautin di Melaka.
Jelasnya, ia akan melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 juta yang mana ia akan diagihkan kepada 32,200 penerima.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...