Nelayan, pembuat bot dan isteri berdepan hukuman gantung

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

JASIN 18 Januari – Empat rakan termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin, hari ini, atas kesalahan mengedar dadah 99.26 kilogram (kg), awal Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Nor Fazdli Kamarudin, 38; Muzairi Mustapa, 44; Rozita Ab Wahab, 41, dan Mohd Najib Jaafar, 44, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Tan Chai Wei.

Mengikut pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa dengan bersama-sama mengedar dadah jenis berbahaya Methamphetamine dengan berat kasar 82.64kg.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat kasar 16.62kg.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Serkam, Taman Serkam Jaya, Merlimau, pada jam kira-kira 3 petang, pada 4 Januari 2023.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung mati mandatori.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Prosing pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Izuddin Said manakala tertuduh, Mohd Nor Fadzli diwakili peguam Salim Bashir.

Mahkamah kemudian menetapkan, 14 Mac depan untuk tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan, lapan individu termasuk dua pasangan suami isteri yang disyaki terbabit pengedaran dadah antarabangsa dicekup polis bersama dadah bernilai RM3.8 juta pada 4 Januari.

Tangkapan membabitkan dadah yang beratnya hampir 100 kilogram itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 48 tahun itu ditahan dalam empat serbuan di Merlimau, Melaka dan Selangor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5404
Kongsi :
Previous post Op TBC: Cuti 203 anggota penguat kuasa JPJ Melaka dibeku
Next post PM Anwar umum tol percuma 20, 21 Jan sempena Tahun Baharu Cina
Ubah saiz-+=