Sorting by

×

‘Nek Piyah, Dak Ayu, Dak Sapik, Dak Senah’ jadi kejutan di Majlis Amanat KM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 1 Julai – Majlis Amanat Ketua Menteri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebentar tadi mencipta kejutan apabila membawakan figura yang pernah menjadi tular di negeri ini.

Figura tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Kamsiah Jantan (Nek Piyah), 70, yang rakaman suaranya sebelum ini pernah tular di laman-laman sosial berikutan kegusarannya mengenai pandemik Covid-19.

Menariknya, nama Nek Piyah bersama-sama figura-figura yang disebutkan dalam rakaman suara itu, iaitu Mohammad Shaari Mohd Salleh (Dak Ayu), 35, Mohammad Shafiq Mohd Don (Dak Sapik), 28 dan Hasnah Mohamad (Dak Senah), 67, turut disebutkan dalam ucapan Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali, sebentar tadi.

“Melaka adalah antara 3 negeri tertinggi di Malaysia dalam pematuhan SOP (prosedur operasi standard). Mana taknya orang macam nenek Sapiyah pun risau dengan Covid-19 ni.

“Nek Sapiyah ada? Mana Nek Piyah? Dak Ayu Dak Senah dan Dak Sapik ada tak hari ini?”

“Sekarang Nek Piyah tak perlulah terlalu bimbang lagi. Namun, langkah SOP tetap kita jaga selagimana masih dalam PKPP,” katanya dalam ucapan tersebut.

Selain disebutkan, figura-figura popular itu turut dijemput hadir ke majlis berkenaan.

Paling mengejutkan ialah wajah Dak Ayu yang sebenarnya seorang lelaki dan bukannya wanita seperti yang disangka ramai.

Views:

792
Kongsi :
Previous post RM162.88 juta hutang berjaya dikurangkan
Next post Bandar Paling Bahagia: MPHTJ, MPAG perlu ikut jejak MBMB, MPJ
Ubah saiz-+=