Sorting by

×

National Aspire’23 tawar 5,000 pekerjaan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DURIAN TUNGGAL 26 Mei – Lebih 5,000 pencari kerja dan graduan dijangka hadir ke Karnival Kerjaya National Aspire Career Fair UTeM X MyFuturejobs 2023 (National Aspire’23) anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

National Aspire’23 dijadualkan berlangsung di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, pada 30 dan 31 Mei ini.

Karnival itu dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM, Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan (PPAKG) serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM.

Pengarah Program Nurul Ain Sabirah Abd Rahim berkata, National Aspire’23 dijayakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Centre For Enterprise and Technopreneurship Development (CREATE).

“Penganjuran ini juga adalah bersempena National Training Week Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

“Pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan, diharapkan pencari kerja dan graduan memanfaatkan peluang yang ada untuk mengisi jawatan kosong bersesuaian dengan kelayakan akademik atau kemahiran dimiliki.

“Selain itu National Aspire’23 juga menjadi medan bagi pelajar mendapatkan penempatan latihan industri bagi pelajar dalam bidang yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu Pengarah PPAKG UTeM, Dr. Hazli Rafis Abdul Rahim berkata, 41 syarikat, industri dan agensi tempatan serta multinasional mengambil bahagian pada penganjuran National Aspire’23 nanti.

“Syarikat dan industri yang terlibat ini merangkumi pelbagai bidang seperti kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan serta lain-lain yang berkaitan,” katanya.

Perasmian National Aspire’23 dijangka disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1588
Kongsi :
Previous post Kesilapan beri subsidi kepada golongan kaya perlu diperbetulkan
Next post Rebut insentif diskaun bayaran balik PTPTN hingga 31 Mei
Ubah saiz-+=