
Nasib Zainal ditentukan minggu hadapan
KEDUDUKAN jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan akan ditentukan sebaik satu mesyuarat diadakan pada minggu hadapan.
Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, pihaknya masih menunggu keputusan sebulat suara pada mesyuarat jawatankuasa membabitkan pengurusan pasukan itu bagi memutuskan perkara tersebut.
Jelasnya, pada mesyuarat itu akan menentukan kedudukan jurulatih manakah yang akan menerajui skuad Melaka United termasuk pemilihan pemain bagi mengharungi Liga Malaysia pada musim depan.
“Jadi, kita tunggulah minggu depan bagi menentukan hala tuju pasukan menerusi keputusan jawatankuasa pengurusan pasukan Melaka United,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan ke Kampung Baru , Kuala Sungai Baru, di sini pagi tadi.
MHI melaporkan, desas-desus berhubung kedudukan jurulatih pasukan itu telah menjadi rebutan ramai dan kini telah menerima beberapa ‘resume’ daripada pelbagai jurulatih dalam dan luar negara bagi menerajui pimpinan skuad Hang Tuah.
Menurut sumber, kira-kira tujuh jurulatih telah menyatakan minat bagi mengambil alih kedudukan Zainal yang hanya membawa pasukan itu menduduki tangga kesembilan pada Liga Super musim lalu.
Views:
Related
Berita Lain
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...
MELAKA RAYU KPKT SEGERAKAN PEMBINAAN LOJI WTE
SUNGAI UDANG 26 April - Kerajaan Negeri meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyelesaikan segera sebarang pemasalahan di peringkat...
NGAUMAN ‘SINGA’ DI BUMI BERSEJARAH
KLEBANG 26 April - Seramai 1,500 delegasi rangkaian Lions Club di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Filipina 'berkampung' di Melaka...
MERCEDES S400 TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT
KOTA LAKSAMANA 26 April - Seorang pemandu Mercedes S400 berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Limbongan berhampiran...
KKTM MASJID JADI RUJUKAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF
AYER LIMAU 26 April - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah menerima peralatan pengajaran dan pembelajaran disumbangkan sebuah syarikat...