Sorting by

×

NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER LIMAU 15 Januari – Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan pendapatan harian menerusi pelbagai bantuan yang diperuntukkan.

Ia jelas terbukti apabila Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM3.9 juta bagi pelaksanaan program dan projek di bawah Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan menerusi pembentangan Bajet 2025 Negeri Melaka.

Seorang nelayan di Paya Lebar, Juhari Ismail, 68, ketika ditemui Melaka Hari Ini berharap peruntukan itu dapat memberi manfaat terhadap para nelayan untuk membeli kelengkapan menangkap ikan dan udang galah.

“Biarpun kami belum tahu perincian peruntukan itu, namun kami berharap sedikit sebanyak ia dapat membantu nelayan di negeri ini mendapatkan hasil di Sungai Paya Lebar.

“Bantuan daripada Kerajaan Negeri ini sebagai kredit kepada nelayan untuk mendapatkan hasil sekali gus menambah pendapatan harian.

“Terima kasih juga kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengambil inisiatif melepaskan benih udang galah di Sungai Paya Lebar demi menjamin masa depan kami,” katanya.

Whatsapp Image 2025 01 13 At 16.09.33
MUHAMMAD AZIM

Nada sama turut dizahirkan Muhammad Azim Ramli, 29, yang memuji usaha Kerajaan Negeri membantu para nelayan di Paya Lebar bagi menjamin kualiti hidup nelayan di kawasan itu.

“Sejak usia lapan tahun saya sudah menjadi nelayan mengikut arwah datuk, apabila Ketua Menteri umumkan ada bantuan untuk nelayan kami sangat bersyukur.

“Pendapatan nelayan ini tidak menentu, jika ada hasil itu adalah rezeki kami, terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan kami untuk menjana pendapatan lebih.

“Inisiatif melepaskan benih udang galah juga secara tidak langsung memberi rezeki lebih kepada kami kerana hasil udang semakin berkurangan sebelum ini atas pelbagai faktor,” katanya.

Sebelum ini, pada Karnival Pertanian Peringkat Parlimen Masjid Tanah 2025, Ketua Menteri mengumumkan sebanyak tiga juta benih udang akan dilepaskan di perairan umum bagi menambah stok bekalan udang di sungai-sungai seluruh negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

63
Kongsi :
Previous post UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
Next post PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
Ubah saiz-+=