Sorting by

×

NAK ‘HEALING’ DI AYER KEROH? INI 5 LOKASI TERBAIK UNTUK ANDA

Masa Membaca:2 Minit, 41 Saat

MAHU melakukan aktiviti sihat di kawasan yang tenteram dan mendamaikan? Ini lima di Ayer Keroh yang boleh menjadi pilihan anda:

1. TASIK AYER KEROH

Tasik Ayer Keroh menjadi antara destinasi riadah pilihan warga Melaka dan pelancong terutama sentiasa dipenuhi pada hujung minggu.

Merupakan antara ‘hidden gems’ di Melaka, lokasi ini agak ‘tersorok’ jika pengunjung pertama kali datang ke negeri ini. Namun, buat penduduk sekitar kawasan ini merupakan antara lokasi riadah setiap hari apabila memasuki jam 5 petang.

Bukan setakat itu, pengunjung boleh lakukan pelbagai aktiviti antaranya berkayak, jetski dan pelbagai lagi tarikan yang terdapat di sini. Jangan risau, tandas awam turut disediakan.

6071232694815143225
TASIK Ayer Keroh. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

2. TAMAN BOTANIKAL MELAKA

Jika mahu lari dari kesesakan yang mungkin melelahkan, warga Ayer Keroh dan penduduk sekitar boleh ke Taman Botanikal. Di sini pengunjung dijanjikan ketenangan untuk menikmati kehijauan rimba dan panorama indah serta lokasi ini sesuai untuk memberikan ketenangan.

Turut dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh, lokasi ini telah menjadi ‘port wajib’ untuk mereka yang suka berjoging selepas waktu kerja. Apatah lagi ia terletak di kawasan pelancongan Ayer Keroh dan berhampiran Tol Ayer Keroh.

Di sini juga pengunjung boleh menyewa basikal serendah RM5 dan bolehlah mulakan misi ‘mandi peluh’. Lokasi ini juga sesuai buat seisi keluarga, fasiliti juga lengkap.

Suasana di sini aman tenteram dan sambil bersenam, pengunjung boleh mengenali spesies-spesies pokok hutan hujan tropika yang terdapat di sini.

6064650863592453575
TAMAN Botanikal Melaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

3. DATARAN SEJARAH AYER KEROH

Dataran Sejarah pernah menjadi lokasi ‘gelap’ satu masa lalu sebelum ia dibangunkan sehingga kini menjadi tempat ‘wajib’ program-program besar.

Secara kebiasaan, lokasi ini popular untuk riadah malam. Apa antara yang menarik di sini adalah suasana yang lapang dan pencahayaan yang menarik pada waktu malam. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah menghias dan mencantikkan dataran tersebut untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

Konsep taman cahaya telah dilaksanakan untuk menggamit pengunjung tidak kira sama ada untuk beriadah, bergambar kenangan atau apa-apa sahaja aktiviti sihat.

6275965423514140230
DATARAN Sejarah Ayer Keroh. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

4. TAMAN SERIBU BUNGA

Taman Seribu Bunga ini terletak di Ayer Keroh dan berhampiran Seri Negeri. Buat mereka yang sukakan pelbagai jenis flora, lokasi ini sesuai untuk berjoging ditemani bunga-bungaan.

Ramai yang tidak tahu Taman Seribu Bunga ini bukan sahaja untuk tujuan pelancongan, malahan ia turut dijadikan lokasi bersenam atau beriadah seisi keluarga kerana lokasinya yang berbukit dan cantik.

6305178116024286126
TAMAN Seribu Bunga. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

5. URBAN REFORESTATION @ SUNGAI PUTAT

Lokasi ini telah diubah dari sarang gejala tidak sihat kepada tempat ‘healing’ dan riadah petang. Ia merupakan kawasan riadah baharu dalam kawasan MPHTJ.

Terletak di Sungai Putat, kawasan yang berwajah baharu ini turut dilengkapi segala fasiliti termasuk kawasan siar kaki dan peralatan bersenam.

Ramai yang tidak tahu, lokasi ini juga dibuka pada waktu malam namun tidak digalakkan berkunjung ke sini kerana pencahayaan agak terhad.

6138900488679174577
URBAN Reforestation @ Sungai Putat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

372
Kongsi :
Previous post MCORP KOMITED TERAJUI PELABURAN MELAKA
Next post WARIS ALLAHYARHAMAH CIKGU DAHLIA TERIMA MANFAAT INSURANS LEBIH RM300,000
Ubah saiz-+=