Nak elak anjing, rempuh pagar rumah
BANDA HILIR 24 Feb. – Gara-gara mahu mengelak seekor anjing, seorang kontraktor cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh pagar dua buah rumah di Jalan Bukit Senjuang di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, mangsa lelaki berusia 45 tahun mengalami luka-luka pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian pemandu berkenaan yang memandu Nissan Navara dalam perjalanan dari arah Jalan Parameswara menuju ke arah lampu isyarat Semabok.
“Bagaimanapun sebaik tiba di tempat, muncul seekor anjing menyebabkan pemandu terkejut dan cuba mengelak haiwan terbabit menyebabkan kenderaan dipandunya mangsa telah hilang kawalan sebelum merempuh pagar dua buah rumah.
“Sehingga kini pemandu tersebut masih belum membuat laporan dan kes disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...