‘Nak dapat RM10 sehari pun susah’

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PERINGGIT 28 Julai – Bukan setakat pendapatan merosot sehingga 100 peratus, malah ada pemandu teksi pulang dengan ‘tangan kosong’ kerana tiada pelanggan.

Itu situasi terpaksa dihadapi pemandu teksi di negeri ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020 sehingga hari ini.

Pemandu teksi Paaiz Salleh, 59, berkata, adakalanya dia memperoleh RM10 sehari, namun sering kali pulang hampa kerana tiada pelanggan.

PAAIZ.

“Setiap hari saya akan tunggu di tepi jalan di Melaka Sentral di sini, dari jam 8 pagi hingga 3 petang, namun akhirnya pulang tangan kosong erana tiada pelanggan.

“Jangan katakan sehari, sebulan nak dapatkan RM10 pun susah, minyak kereta kalau tiga hari kena isi RM30 tapi pendapatan tiada.

“Isteri hanya suri rumah, nasib baik ada anak perempuan nombor dua yang bantu belikan lauk-pauk untuk kami sekeluarga makan.

“Bapa mana yang tidak segan harapkan bantuan anak, dia pun ada keluarga sendiri, tapi apa boleh buat dalam waktu begini,” katanya ketika ditemui MHI di Melaka Sentral hari ini.

Paaiz yang membawa teksi lebih 33 tahun tidak pernah berputus asa, malah setiap hari menunggu jika ada pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan teksinya.

“Mata pencarian pakcik ni saja, pakcik nak kerja lain tak boleh kerana terbatas dengan keadaan kesihatan dan perlu buat rawatan dialisis tiga kali seminggu.

“Sekali dialisis ambil masa empat jam dan kos rawatan pula mencecah RM4,000, nasib baik ada anak yang bekerja dan boleh gunakan Surat Jaminan Perubatan (GL) dia,” katanya yang menetap di Rumah Awam Bertam Ulu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

395
Kongsi :
Previous post Semangat Hadilyn bantu bangunkan Akademi Angkat Berat Nyalas
Next post Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes tetak pengarah eksekutif PHEB
Ubah saiz-+=