
Naik taraf paip air Kampung Gangsa selesai
DURIAN TUNGGAL 31 Mei – Penduduk Batu 7, Kampung Gangsa kini menikmati perkhidmatan bekalan air bersih lebih berkualiti apabila kerja naik taraf sistem perpaipan sepanjang 200 meter di penempatan berkenaan siap sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, kerja naik taraf yang dilaksanakan memberikan kelegaan kepada 15 keluarga di kampung berkenaan.

“Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) membelanjakan RM36,000 bagi menaik taraf sistem perpaipan, permohonan bina meter juga sudah lama, cumanya sebarang baru diluluskan.
“Dengan adanya meter paip baharu ini penduduk tidak lagi mengalami gangguan bekalan atau masalah kebocoran paip air,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri turun padang meninjau kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan Rabu lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.