NAIK TARAF BULATAN KLEBANG SIAP OKTOBER

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 19 September – Kerja-kerja menaik taraf Bulatan Klebang dijangka siap pada Oktober ini sekali gus membantu melancarkan aliran trafik di kawasan itu pada setiap hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, kerja naik taraf bulatan Klebang itu telah bermula pada Jun lalu dengan kos berjumlah RM1.2 juta oleh Kementerian Kerja Raya.

Menurutnya, selain menyuraikan kesesakan trafik, projek itu juga diyakini dapat memberi lebih keselesaan kepada penduduk tempatan dan pengguna jalan raya di kawasan itu.

“Kita tahu Pantai Klebang merupakan kawasan tumpuan pelancong asing dan domestik dan banyak program yang diadakan di sana.

“Jadi saya berharap selepas bulatan ini selesai dinaik taraf ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memperbaiki penyuraian trafik di kawasan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Ban Hong berkata pihaknya juga sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf laluan pesisiran pantai supaya dapat membantu penyuraian trafik daripada kebanjiran pelancong dan pengunjung, terutamanya pada setiap hujung minggu.

“Selepas Bulatan Klebang siap, kita fokus kepada penambahbaikan kawasan pesisiran pantai pula, ini juga inisiatif untuk membantu menyelesaikan kesesakan di kawasan Klebang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post BAKAL SISWAZAH DUN AYER LIMAU DAPAT SUNTIKAN SEMANGAT
Ubah saiz-+=