
Nahas pesawat penumpang, pakar sedia bantu: Boeing China
BEIJING, 22 Mac – Boeing China akan bekerjasama dengan China Eastern Airlines dan menyediakan bantuan yang diperlukan berhubung nahas pesawat penumpang Boeing 737, lapor Xinhua.
Menurut syarikat itu pakar teknikalnya juga bersedia membantu Pentadbiran Penerbangan Awam China dalam menjalankan siasatan.
Pesawat malang yang membawa 132 penumpang itu dilaporkan terhempas pada Isnin petang di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.
Boeing 737 milik China Eastern Airlines itu berlepas dari Kunming menuju ke Guangzhou, terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian, bandar Wuzhou pada 2.38 petang.
Nahas itu turut mencetuskan kebakaran. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBSB TEROKA BIDANG PERNIAGAAN BAHARU
AYER KEROH 1 Mac - Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB) meneroka bidang perniagaan baharu sebagai salah satu strategi untuk memperkukuh...
KULINARI PENUH NOSTALGIA DI ‘MENDAM BERAHI’
BANDARAYA MELAKA 1 Mac - Restoran Terapung Mendam Berahi menampilkan kulinari klasik penuh nostalgia menerusi pakej iftar 'Teratak Ramadan D'Sungai...
MELAKA SYOR SOLAT TARAWIH 20 RAKAAT
TANJUNG BIDARA 1 Mac - Masjid dan surau di negeri ini disyor melaksanakan solat tarawih 20 rakaat berserta tiga rakaat...
MELAKA HARGAI JASA AGENSI MEDIA JAYAKAN TMM2024
TABOH NANING 1 Mac - Kerajaan Negeri menghargai sumbangan dan jasa agensi media yang menjadi antara tunjang kejayaan Melaka capai...
LAGU ‘BERHANTU’ MELAKA BAWA TUAH
TABOH NANING 1 Mac - Lagu Senandung Anak Melaka, membawa tuah kepada penyanyinya, Yasser Fikri apabila dia menerima insentif khas...
TMM2024 SERLAH KEUNGGULAN MELAKA
TABOH NANING 1 Mac - Kejayaan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) telah melakar Melaka sebagai destinasi pelancongan unggul di pentas...